PETA KE MADRASAH AR RASYID

PETA  KE  MADRASAH  AR RASYID
PETA | NOMBOR AKAUN BIMB | NOMBOR TELEFON BIMBIT | ALAMAT EMEL

AL BAGHDADI. Teknik Belajar & Mengajar Al Quran. Kaedah yang menyeronokkan !

AL BAGHDADI.  Teknik Belajar & Mengajar Al Quran.  Kaedah yang menyeronokkan !
Untuk menyertai KELAB AL BAGHDADI. Sila hubungi Ustaz Rasyid - 019 2345 980.

DERMA FISABILILLAH

Segala sumbangan Derma FISABILILLAH boleh dimasukkan kedalam akaun Bank Islam - 12010010075324 - atas nama MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID. TERIMA KASIH.
All donations for Derma Fisabilillah can be credited to Bank Islam - 12010010075324 - under the name of MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID Thank you.

Hadi's Nutri Meal. Sesuai untuk semua golongan. Rasanya Sedap, Berkhasiat & Menyelerakan !

Hadi's Nutri Meal. Sesuai untuk semua golongan. Rasanya Sedap, Berkhasiat & Menyelerakan !
HADI'S diadun daripada 17 bijirin terpilih yang berkhasiat. Diperkaya dengan zat vitamin, mineral dan serat untuk memastikan anda dan keluarga kekal sihat dan cergas sepanjang hari. Buat ibubapa prihatin. Sediakan sepeket untuk anak - anak yang akan menghadapi peperiksaan. Minuman ini berupaya untuk menjaga sistem penghadaman dan mencerdaskan minda. Untuk maklumat lanjut sila klik pada gambar.

Sunday, May 23, 2010

mohon kepada Allah agar kita dan keluarga dapat masuk ke dalam syurga. kerana itulah kejayaan yang sebenar. ramai pada hari ini ingin kejayaan didunia tetapi mereka tidak berusaha untuk kejayaan diakhirat.
para Ibu mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ust Fadhil bin Ismail. selepas majlis ramai para Ibu menyatakan benar apa yang dikata oleh AlFadhil ust. kebanyakan Ibu Bapa pada hari ini mengharapkan sepenuh harapan untuk anak berjaya dalam bidang menghafaz AlQuran, tetapi ramai yang terlepas pandang dengan diri sendiri yang masih lemah dengan alQuran. oleh itu ayuh para Ibu Bapa sekelian. ayuh kita membudayakan alQuran dalam rumah tangga kita. Amin
AlFadil Ust Mohd Fadhil bin Ismail memberi ceramah yang sangat mantap bertajuk Ibu Bapa anak-anak & tahfiz. kata beliau bersyukur krn Allah memilih dari kalangan keluarga ada yang menghafaz AlQuran, ini bermakna rahmat telah masuk ke dalam rumah kita. oleh itu kita kena merubah dari kehidupan biasa kepada kehidupan yang berlandaskan AlQuran. kebanyakan Ibu Bapa hari ini terlepas pandang dari segi ini, kebanyakan meletakkan anak pada Tahfiz adalah semata-mata untuk anak menghafaz sahaja, keluarga tidak membaca pun berusaha untuk sama-sama menghafaz AlQuran, bahkan kadang-kadang ada juga Ibu Bapa yang tidak tahu membaca AlQuran. ini adalah kesilapan yang sangat merugikan. ramai terlepas pandang.
Apabila anak-anak bercuti, balik kerumah, sepatutnya kita bawa balik rahmat yang ada di Madrasah bawa balik kerumah. supaya rumah kita juga bercahaya menyinari kehidupan. jadikanlah AlQuran sumber kepada segala keperluan hidup, kerana didalamnya terdapat seluruh keperluan yang diperlukan oleh manusia.

Saturday, May 22, 2010

pada akhir bulan April 2010 majlis kahtam telah diadakan lagi. Alhamdulilah, bersyukur Ibu yang melahirkan anak-anak ini, begitu juga bapa yang telah bertungkus lumus siang dan malam mencari rezeki utk membesarkan anak-anak yang diamanahkan, akhirnya anak-anak mereka telah dapat tamatkan hafazan AlQuran 30 juz. akhirnya Allah swt telah memilih mereka untuk menjadi AHLULLAH (ahli-ahli allah). Mudir sendiri telah membacakan doa khatam pada majlis tersebut. pada malam tersebut amat meriah sekali kerana selepas daripada majlis khatam kami adakan pula ceramah khas untuk para tetamu yang hadir.

Friday, May 7, 2010

Majlis Khatam Al Quran.

Alhamdulillah, anak tahfiz kami khatam lagi.
Majlis khatam pada akhir bulan Mac 2010.

Menurut Utsman bin Affan r.a, Nabi SAW bersabda;
"Terbaik antara kamu semua ialah orang yang mempelajari AlQuran kemudian mengajarnya pada orang lain."
(H.R Al-Bukhari, Abu Daud & At-Tirmizi)

Sesiapa yang membaca Al Quran, mampu menghafaznya dan mengamalkan isi kandungannya tentulah mereka mendapat kedudukan paling tinggi didalam syurga.

Program Maulidur Rasul

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL.
akhir bulan Feb 2010.

Masa diutus-Nya, Baginda SAW, memang merupakan berita yang paling menarik dan paling besar sepanjang sejarah. Berita ini menjadi buah tutur orang-orang yang berjaga malam dan menjadi perbualan orang-orang yang musafir. Perjalanan sejarah bergerak ke arahnya dan hari-hari berhenti ke arahnya, kisah diangkatnya Baginda SAW menjadi utusan tidak dapat disekat oleh kegelapan, tidak dapat disapu oleh angin dan tidak dapat dihalang oleh awan. Baginda SAW diturunkan kealam dunia ini bagaikan membawa cahaya matahari yang bersinar-sina, singkatnya, Baginda SAW adalah cahaya. apakah cahaya itu tidak jelas?

Majlis Khatam Al Quran.


MAJLIS KHATAM ANAK TAHFIZ KAMI PADA FEB 2010

Amat menyedihkan umat Islam pada hari ini sama ada berbangsa arab atau bukan arab, kebanyakan mereka tidak tahu membaca Al Quran. Ada yang tahu membaca Al Quran tetapi tajwid Al Qurannya pula bermasalah dan amat mendukacitakan.


Apakah golongan ini beranggapan mempelajari Al Quran itu sunat? Sedangkan, terkandung didalamnya ilmu agama yang menjadi pegangan setiap umat islam yang beriman. Tanpa AlQuran, gelaplah jalan-jalan yang dilaluinya dan terpadamlah cahaya petunjuk.


Wednesday, May 5, 2010

Jasa, Korban dan Perjuangan,

Alhamdulilah, setakat ini Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid mempunyai seramai 50 orang pelajar lelaki sahaja.


Seramai 20 orang pelajar miskin & anak Yatim yang tidak berkemampuan membayar yuran.


3 orang Tenaga pengajar yang berkhidmat kerana Allah.
Sukatan pelajaran Madrasah Tahfiz AlQuran Ar Rasyid

Adalah mengikut sukatan pelajaran daripada MadrasatulQuran Kubang Bajuk Terengganu.

Dimana pelajar akan bangun seAwal 4.30 pagi. Qiamullail dan hantar Hafalan Baru pada Ustaz masing-masing.

Setelah solat subuh akan diadakan pengajian Sirah Rasululah SAW.

Setelah bersarapan, pengajian bermula semula dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi. (fardhu ain,hadith,tajwid,bahasa arab.)

kemudian makan tengahari dan berehat.

Setelah Solat zohor jam 2.00 ptg pengajian bersambung hingga asar. (mengulang hafalan lama)

Setelah makan petang dan riadah kelas bersambung semula selepas Magrib hingga isyak. (menghafaz hafalan baru)

jam 10.30 wajib tidur. begitulah rutin harian.
Diantara Objektif Madrasah Tahfiz AlQuran ArRasyid

*Membasmi buta AlQuran dikalangan kanak-kanak sebelum balingh

*Melahirkan pelajar yang dapat menamatkan Hafazan AlQuran selama 3 tahun.

*Untuk menjadi Para Hufaz yang serba boleh.

*Menghidupkan tradisi pengajian AlQuran berasaskan Sunnah Rasululah SAW yang menekankan kaedah 5 M, (Membaca,Menulis,Menghafaz,Memahami & menghayati.)
Matlamat Madrasah tahfiz alQuran Ar Rasyid

* Melahirkan gererasi ulama dan penghafaz AlQuran yang mahir, berketrampilan dan beramal dengan isi AlQuran sekali gus sebagai AlQuran yang bergerak.

* Melahirkan generasi yang bertanggungjawab dalam semua aspek dan boleh berdikari dalam menghadapi arus dunia moden.

* Melahirkan generasi seimbang dari segi mental, fizikal dan rohani.

* Menjadi pusat penghayatan AlQuran yang bersepadu

* Ke arah pembentukan generasi AlQuran yang syumul.

Tuesday, May 4, 2010

Bergambar bersama trofi kemenangan.


Alhamdulilah, dengan berkat kesungguhan para guru dan pelajar-pelajar. Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid telah berjaya mendapat markah tertinggi dalam majlis tersebut, mendapat 2 piala. Gambar kenangan ini tidak dapat dilupakan. Bersyukur ke hadrat Allah yang tidak terhingga.


Perarakan Maulidur Rasul.

Pada bulan feb 2010, Pelajar-pelajar Madrasah Tahfiz AlQuran Ar-Rasyid menyertai perarakan Maulidurasul yang dianjurkan oleh pihak Masjid Al Mutaqin Sg. Udang.

Perasmian MTAAR


Hari bersejarah bagi warga Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid.


Gambar kenangan Mudir Madrasah Tahfiz AlQuran Ar Rasyid - (Ust Hj Abd Rasyid bin Hj Abd Ghani) bersama YB. Dr Hajah Halimah Ali. Adun Selat Klang

Bergambar Kenangan Bersama YB Adun Selat Klang.


Pada hari perasmian bulan jan 2010, para pelajar mengambil kesempatan bergambar bersama YB. Dr Hajah Halimah Ali, Adun Selat Klang. Merangkap Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Selangor.

Ust. Hj. Mohd Atiq bin Mohamad selaku guru di Madrasah Tahfiz Ar Rasyid telah membaca doa memohon keberkatan dari Allah, diaminkan oleh semua yang hadir.


Turut memeriahkan lagi, Nazir Masjid Sg. Udang dan isteri.

Pemandangan hadapan Madrasah Ar Rasyid


Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid ditubuhkan pada 2002.


Kini setelah berlalunya berbagai-bagai rintangan dan ujian, maka pada Januari 2010, banggunan yang bersejarah ini telah dirasmikan dengan meriah sekali oleh YB. Dr. Hajah Halimah Ali, Adun Selat Klang.


Alamat penuh kami:

Lot 2174, Jalan Bawal, Kampong Sungai Udang, 41250 Klang.
Al-Quran adalah sumber Ilmu
Mukjizat kandungannya diperakui oleh segenap lapisan ilmuan dan cendekiawan.
Meskipun akal manusia mampu merungkai pelbagai persoalan kehidupan, namun jika di buat perbandingan dalam semua hal, jelas membuktikan bahawa AlQuran mendahului segalanya.
Dalam menempuh kehidupan dunia yang mencabar ini, keperluan terhadap ilmu adalah sangat kritikal. justeru, ilmu perlulah dicari dan digali dari sumbernya yang asli agar ilmu yang diperoleh bukan hanya membuahkan ketenangan hidup didunia bahkan yang terutama adalah kesenangan hidup di akhirat.
Dengan rasa rendah diri
Saya memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kecacatan di dalam ruangan ini.
Apa pun, terimalah seadanya, daripada kami yang terlalu dhaif ini.
Asalamualaikum

Segala puji bagi allah swt tuhan sekelian alam.
Selawat dan salam serta pujian buat Nabi Muhamad SAW, penutup segala nabi dan Rasul.
Salam sejahtera buat ahli keluarga Baginda SAW dan Para Sahabatnya serta mereka yang menuruti jejak langkahnya.

Awalnya, terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi bersama-sama kami diruangan ini untuk mengenali kami dengan lebih rapat lagi.