PETA KE MADRASAH AR RASYID

PETA  KE  MADRASAH  AR RASYID
PETA | NOMBOR AKAUN BIMB | NOMBOR TELEFON BIMBIT | ALAMAT EMEL

AL BAGHDADI. Teknik Belajar & Mengajar Al Quran. Kaedah yang menyeronokkan !

AL BAGHDADI.  Teknik Belajar & Mengajar Al Quran.  Kaedah yang menyeronokkan !
Untuk menyertai KELAB AL BAGHDADI. Sila hubungi Ustaz Rasyid - 019 2345 980.

DERMA FISABILILLAH

Segala sumbangan Derma FISABILILLAH boleh dimasukkan kedalam akaun Bank Islam - 12010010075324 - atas nama MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID. TERIMA KASIH.
All donations for Derma Fisabilillah can be credited to Bank Islam - 12010010075324 - under the name of MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID Thank you.

Hadi's Nutri Meal. Sesuai untuk semua golongan. Rasanya Sedap, Berkhasiat & Menyelerakan !

Hadi's Nutri Meal. Sesuai untuk semua golongan. Rasanya Sedap, Berkhasiat & Menyelerakan !
HADI'S diadun daripada 17 bijirin terpilih yang berkhasiat. Diperkaya dengan zat vitamin, mineral dan serat untuk memastikan anda dan keluarga kekal sihat dan cergas sepanjang hari. Buat ibubapa prihatin. Sediakan sepeket untuk anak - anak yang akan menghadapi peperiksaan. Minuman ini berupaya untuk menjaga sistem penghadaman dan mencerdaskan minda. Untuk maklumat lanjut sila klik pada gambar.

Tuesday, September 21, 2010

10 AMALAN TERBALIK


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang - kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau terlepas pandang atau terikut - ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1 - Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Dimana Rasulullah S.A.W telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir, andainya mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam ?


2 - Kalau hadir ke majlis walimatul urus (kenduri kahwin), orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tiada wang yang hendak diberikan, maka ia segan hendak pergi kenduri. Tetapi kalau ia menziarahi orang mati, tidak segan pula bila 'salam tidak berisi.' Sepatutnya, kalau menziarahi keluarga simati lah kita patut memberikan sedekah. Kalau ke majlis kenduri kahwin, tidak beri pun tidak mengapa, kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan, bukan untuk ia menambah pendapatan.


3 - Ketika menghadiri majlis bersama pemimpin negara, kita berpakaian cantik, kemas dan segak. Tetapi, bila menghadap Allah, baik dirumah mahupun di Masjid, maka pakaian lebih kurang sahaja, bahkan ada yang tidak berbaju. Tidakkah ini satu perbuatan yang terbalik ?


4 - Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberikan jamuan, kita rasa segan hendak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu. Sedangkan yang dituntut ialah dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan juadah tidak membazir.


5 - Kalau bersolat sunat di Masjid atau surau amat rajin, tetapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik - baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelak rasa riak.


6 - Bulan puasa adalah bulan mendidik jiwa termasuk nafsu makan yang berlebihan, tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa cara perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa adalah yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita ?


7 - Bila waktu hendak menunaikan ibadah haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah, dan apabila balik dari Mekah, tak buat kenduri apa pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat sewaktu bermusafir, maka dibuat kenduri, bukannya bila hendak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik ? Atau kita mempunyai tujuan lain ?


8 - Semua ibubapa amat bimbang sekiranya anak - anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka, dihantarlah ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tetapi, kalau anak tidak boleh membaca Al Quran atau solat, tidak pula terasa bimbang, bahkan tidak terdetik untuk menghantar anak ke tuisyen atau kelas membaca Al Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Bukankah terbalik amalan kita ini ? Kita sepatutnya lebih bimbang dan cemas jika anak tidak tahu membaca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9 - Kalau bekerja mengejar rezeki, tidak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tetapi, dalam urusan ke rumah Allah (masjid), tak hujan, tak ribut pun tetap tidak datang ke masjid. Sungguh tidak malu manusia begini. Rezeki Allah diminta, tapi nak kerumah NYA segan dan malas.


10- Seorang isteri kalau hendak keluar ruma samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi, kalau duduk dirumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain.


Perbuatan amalan terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenarnya, bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita, biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.