Marilah Menyertai Program Ibadah QURBAN / AKIKAH di Kemboja - 1432 Hijriah.
Anjuran: MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID.
* Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid Menganjurkan Program Ibadah Qurban / Akikah di Kemboja.
* Kami mempelawa Muslimin & Muslimat untuk menyertai program ibadah tersebut.
* Progran akan diadakan di Perkampongan Islam Kemboja.
(Kebanyakannya hidup dhaif dan amat memerlukan bantuan saudara seagama).
* Tawaran Harga:
- 1 Bahagian Qurban daripada 7 bahagian: RM250.00
- Setiap Akikah - Seekor kambing: RM500.00.
Sila Serahkan Borang Penyertaan Pada Atau Sebelum: 5 NOVEMBER 2011.
BERMINAT HUBUNGI: Ustaz Haji Abdul Rasyid - 019 2345 980 / 012 6561 274
PETA KE MADRASAH AR RASYID
AL BAGHDADI. Teknik Belajar & Mengajar Al Quran. Kaedah yang menyeronokkan !
DERMA FISABILILLAH
Segala sumbangan Derma FISABILILLAH boleh dimasukkan kedalam akaun Bank Islam - 12010010075324 - atas nama MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID.
TERIMA KASIH.
All donations for Derma Fisabilillah can be credited to Bank Islam - 12010010075324 - under the name of MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID
Thank you.
Hadi's Nutri Meal. Sesuai untuk semua golongan. Rasanya Sedap, Berkhasiat & Menyelerakan !
Wednesday, October 12, 2011
KELEBIHAN IBADAT KORBAN
Muslimin yang dirahmati Allah,
MARILAH
kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu
Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala
suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita
menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di
akhirat.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Pada
ketika ini para jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia sedang berhimpun
di Tanah Suci Mekah untuk melaksanakan ibadah haji. Sebagaimana yang
kita maklumi, ibadah haji adalah rukun Islam kelima yang diwajibkan bagi
mereka yang berkemampuan mengerjakannya. Firman Allah Subhanahu
Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran ayat 96-97 tafsirnya :
"Sesungguhnya
rumah ibadah yang mula-mula dibina untuk manusia (ibadah kepada
Tuhan-Nya) ialah Baitullah di Mekah yang berkah dan dijadikan petunjuk
hidayah bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata
yang menunjukkan kemuliannya di antaranya ialah maqam Ibrahim. Dan
sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah
mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah
iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur
ingkarkan kewajipan ibadat haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya,
tidak berhajatkan sesuatu pun dari sekalian makhluk".
Salah
satu amal ibadah yang disunatkan pada musim haji ialah ibadah korban.
Waktu penyembelihannya bermula sebaik-baik saja selesai menunaikan
sembahyang sunat Aidiladha sehingga terbenam matahari pada hari tasyrik
13 Zulhijjah.
Sesungguhnya
ibadah korban itu hukumnya sunat muakkadah iaitu sunat yang sangat
dituntut, lebih-lebih lagi kepada orang yang berkemampuan yang telah
dilimpahi rezeki kepada mereka. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam maksudnya :
"Dari
Abi Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda : Barangsiapa yang mempunyai kelapangan (mampu) untuk
berkorban tetapi dia tidak berkorban, maka janganlah dia datang
mendekati tempat kami bersembahyang ini". (Riwayat Ibnu Majah)
Muslimin yang berbahagia,
Adapun
sejarah korban itu bermula pada zaman Nabi Adam Alaihissalam lagi,
sebagaimana yang telah diceritakan dalam Surah Al Maa-idah ayat 27
tafsirnya :
"Dan
bacakanlah wahai Muhammad kepada mereka kisah mengenai dua orang anak
Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya iaitu ketika
mereka berdua mempersembahnya satu persembahan korban untuk
mendampingkan diri kepada Allah. Lalu diterima korban salah seorang di
antaranya (Habil) dan tidak diterima korban daripada yang lain (Qabil)".
Qabil
merasa iri hati dengan saudaranya Habil kerana mendapat perempuan yang
cantik dan demi untuk kepentingan dirinya, dia ingin mengahwini pasangan
kembarnya Iqlimia. Meskipun bapanya berharap agar dia mengikut
perintahnya dengan mengahwini Layuza, namun dia enggan mematuhinya. Lalu
mereka pun membuat perundingan dan masing-masing bersetuju untuk
menyembahkan korban.
Korban
Qabil berupa hasil tanaman yang rosak dan Habil pula berkorban dengan
seekor kibasy yang sihat dan gemuk. Lalu Allah Subhanahu Wata'ala
menerima korban Habil. Ahli tafsir mengatakan bahawa kibasy itu diangkat
ke Syurga sehingga Allah Subhanahu Wata'ala menebus Nabi Ismail
Alaihissalam dengan kibasy tersebut.
Dalam
sejarah lain juga menceritakan bagaimana Abdul Mutalib telah bernazar
bahawa jika dia dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan sepuluh
orang anak nescaya dia akan menyembelih salah seorang daripada
anak-anaknya sebagai korban. Apabila saja Abdul Mutalib dikurniakan
dengan sepuluh orang anak, maka Abdul Mutalib pun memenuhi nazarnya
dengan melakukan undian ke atas anak-anaknya untuk dijadikan korban.
Hasil undian tersebut jatuh kepada anaknya yang bernama Abdullah iaitu
ayahanda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Tetapi orang-orang
Quraisy menghalang penyembelihan dilakukan ke atas Abdullah kerana
mereka khuatir perbuatan itu akan menjadi ikutan yang berterusan.
Akhirnya setelah memikirkannya, Abdul Mutalib bersetuju menebus Abdullah
dengan seratus ekor unta untuk dijadikan korban.
Sesungguhnya
ibadah korban disyariatkan oleh agama Islam bermula pada tahun kedua
hijrah dan korban yang hanya dibolehkan ialah binatang ternakan seperti
unta, lembu, kerbau dan kambing.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Islam
mensyariatkan ibadah korban itu sebagai salah satu cara mendekatkan
diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala, sebagaimana yang sering kita
ikrarkan dalam sembahyang : "Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku,
hidupku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allah Subhanahu
Wata'ala". Ibadah korban juga adalah sebagai melahirkan rasa syukur
kepada Allah Subhanahu Wata'ala di atas segala nikmat dan rezeki yang
telah diberikan-Nya.
Manakala di antara hikmat dari pensyariatan ibadah korban itu pula ialah :
Pertama
: Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam
yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai
korban, akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibasy. Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Zaid bin
Arqam, dia berkata : Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab dengan sabdanya maksudnya :
"Ia
adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan
kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi
setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana
pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap
helai bulu ada kebajikannya".
Kedua
: Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban
sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.
Ketiga
: Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat iaitu
dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau
meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.
Keempat
: Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam
diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
Alaihissalam dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan dan rasa
cinta kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
Muslimin yang berbahagia,
Memandangkan
ibadah korban itu mempunyai hikmah dan kelebihan yang amat banyak, maka
sudah sewajarnyalah kita merebut peluang ini dengan melakukan korban
pada hari raya itu nanti. Sama-samalah kita berdoa semoga dimurahkan
rezeki dan dapat melakukan ibadah korban. Mudah-mudahan segala amal
kebajikan yang kita lakukan di atas dasar keikhlasan dan keimanan itu
akan diterima Allah Subhanahu Wata'ala dan mendapat ganjaran pahala yang
berlipat ganda. Amin Ya Rabbal'alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Hajj ayat 37 tafsirnya :
"Daging
dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai
kepada Allah. Tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang
berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan
binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana
mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira dengan
balasan yang sebaik-baiknya kepada orang-orang yang berusaha supaya baik
amalnya".
Subscribe to:
Posts (Atom)