PETA KE MADRASAH AR RASYID

PETA  KE  MADRASAH  AR RASYID
PETA | NOMBOR AKAUN BIMB | NOMBOR TELEFON BIMBIT | ALAMAT EMEL

AL BAGHDADI. Teknik Belajar & Mengajar Al Quran. Kaedah yang menyeronokkan !

AL BAGHDADI.  Teknik Belajar & Mengajar Al Quran.  Kaedah yang menyeronokkan !
Untuk menyertai KELAB AL BAGHDADI. Sila hubungi Ustaz Rasyid - 019 2345 980.

DERMA FISABILILLAH

Segala sumbangan Derma FISABILILLAH boleh dimasukkan kedalam akaun Bank Islam - 12010010075324 - atas nama MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID. TERIMA KASIH.
All donations for Derma Fisabilillah can be credited to Bank Islam - 12010010075324 - under the name of MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID Thank you.

Hadi's Nutri Meal. Sesuai untuk semua golongan. Rasanya Sedap, Berkhasiat & Menyelerakan !

Hadi's Nutri Meal. Sesuai untuk semua golongan. Rasanya Sedap, Berkhasiat & Menyelerakan !
HADI'S diadun daripada 17 bijirin terpilih yang berkhasiat. Diperkaya dengan zat vitamin, mineral dan serat untuk memastikan anda dan keluarga kekal sihat dan cergas sepanjang hari. Buat ibubapa prihatin. Sediakan sepeket untuk anak - anak yang akan menghadapi peperiksaan. Minuman ini berupaya untuk menjaga sistem penghadaman dan mencerdaskan minda. Untuk maklumat lanjut sila klik pada gambar.

Wednesday, December 29, 2010

MAKLUMAN UNTUK PESERTA.

Assalamu'alaikum dan salam hormat buat Tuan - tuan dan Puan - puan, para muslimin dan muslimat sekalian.


Untuk makluman kaum muslimin sekalian. Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid dan AR RASYID TRAINING CENTRE. Menganjurkan program seperti dibawah. Dengan segala hormatnya pihak kami menjemput dan mempersilakan kaum muslimin sekalian untuk mengikuti program yang telah diatur.



1 - TAKLIMAT PERCUMA TEKNIK AL BAGHDADI.

Tempat: MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID.
Tarikh: 1hb Januari 2011.
Waktu: 8.30 pagi.
Penyertaan: TERBUKA kepada umum.
Bayaran: PERCUMA.



2 - KELAB AL BAGHDADI (DEWASA).
Tempat: AR RASYID TRAINING CENTRE. No. 67, Jalan Lawan Pedang, Tadisma Business Park, Seksyen 13, 40100 Shah Alam.
Tarikh: 3.1.2011. Kelas belajar dan mengajar Al Quran (dewasa) ini akan diadakan pada setiap hari Isnin.
Waktu: 8.00 - 10.00 malam.
Penyertaan: Kelab ini dibuka untuk peserta berumur 18 tahun dan keatas.
Bayaran: RM300.00 (untuk 3 bulan mengikut silibus Al Baghdadi).




3 - KELAB AL BAGHDADI (Kanak - kanak).
Tempat: AR RASYID TRAINING CENTRE. No. 67, Jalan Lawan Pedang, Tadisma Business Park, Seksyen 13, 40100 Shah Alam.
Tarikh: 4.1.2011. Kelas belajar dan mengajar Al Quran (kanak - kanak) ini akan diadakan pada setiap hari - Selasa, Rabu, Khamis.
Waktu: 8.00 - 10.00 malam.
Penyertaan: Kelab ini dibuka untuk peserta berumur 17 tahun kebawah.
Bayaran: RM300.00 (untuk 3 bulan mengikut silibus Al Baghdadi).




Monday, December 27, 2010

TAKLIMAT PERCUMA TEKNIK AL BAGHDADI







01hb Januari 2011 · 8.30 pagi - 11.30 pagi



MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID. LOT 2174, Jalan Bawal, Off Jalan Sungai Udang, 41250 Klang, Selangor.






TAKLIMAT PERCUMA TEKNIK AL BAGHDADI.
Seluruh kaum muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai - ramai. Jangan lepaskan peluang ini !
Marilah membaca Al Quran dengan TEKNIK AL BAGHDADI. Memang menyeronokkan !

PERCUMA ! PERCUMA ! PERCUMA !

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut. Sila hubungi: AL Fadhil Ustaz Haji Abdul Rasyid (019 2345 980) atau hubungi: AL BAGHDADI TRAINING CENTRE - 03 5523 3366.

JOM SERTAI KELAB AL BAGHDADI.

TERIMA KASIH



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SURAT TAWARAN UNTUK MENYERTAI - KELAB AL BAGHDADI.
Diedarkan diseluruh surau dan masjid dalam kawasan Shah Alam.


AR RASYID TRAINING CENTRE.

No. 67, Jalan Lawan Pedang,

Tadisma Business Park.

Seksyen 13, 40100 Shah Alam,

Selangor.



Tuan Nazir / Tuan Pengerusi Masjid. 25 NOVEMBER 2010


Tuan;

PER: JOM KE KELAB AL BAGHDADI.

Assalamu’alaikum dan salam hormat buat Tuan – tuan dan Puan – puan para muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian.

JOM KE KELAB AL BAGHDADI. Kami dengan rendah hati menawarkan kepada Tuan – tuan dan Puan – puan, kaum muslimin sekalian untuk menyertai KELAB AL BAGHDADI.


Kelab Al Baghdadi ini ditubuhkan bertujuan untuk mengajak seluruh kaum muslimin untuk mengenali, memahami dan mahir dalam pembacaan Al Quran. Kami menerima sesiapa sahaja untuk berkongsi ilmu dalam pembacaan Al Quran dalam kaedah yang mudah dan menggembirakan.

Tidak perlu merasa malu dan rendah diri. Hatta yang tidak mengenal huruf juga dialu – alukan. Malahan, kita akan bersama bantu – membantu sesama kaum muslimin dalam mengenal dan merasa sayang kepada Al Quran.


KEAHLIAN Kelab ini terbuka kepada semua. Tetapi, untuk lebih selesa, maka kami berusaha untuk mengasingkan peserta yang terdiri dari - KELAB untuk Kanak – kanak. KELAB untuk DEWASA.


Jika terdapat sebarang persoalan mahupun kemusykilan. Jangan teragak – agak untuk menghubungi - AL BAGHDADI TRAINING CENTRE - 03 5523 3366.


Sekian. TERIMA KASIH. JOM KE KELAB AL BAGHDADI.

AL BAGHDADI TRAINING CENTRE..

.......................................................

Wednesday, November 17, 2010

JOM ke KSQ !

Sewaktu kita semua masih kecil. Dari zaman kanak - kanak. Kita beramai - ramai membaca ayat - ayat suci Al Quran dalam rumah ustaz, ustazah, makcik, pakcik, mak long, pak long dan sebagainya.



Terasa begitu indah dunia ini. Ada ketikanya, kita bukan sahaja berlumba lari ke rumah ustaz ataupun ustazah ataupun rumah 'makcik mengaji'. Tetapi, kita akan terus berlumba untuk habis cepat dalam proses pengajian Al Quran.


Kerana apa kita mahu berlumba ? Kerana kita dapat merasakan suasana meriah dan ramai kawan bermain, bergurau dan bersaing.


Kini, anak - anak kita pula yang merasakan suasana yang hampir sama. Cuma kini, mereka menghadapi suasana yang jauh lebih baik dan selesa. Dengan segala kemudahan yang tersedia. Apa yang penting, suasana itu yang akan menyebabkan anak - anak kita akan menjadi lebih ceria, mudah dapat kawan yang lebih ramai dan teknik belajar Al Quran yang lebih mudah.

Imbang Penuh
Sempena dengan musim cuti sekolah ini. Pihak Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid berganding bahu dengan Ar Rasyid Resources menganjurkan KEM SMART AL QURAN - KSQ. Ianya terbuka kepada anak kecil dan remaja.


InsyaAllah. Anak - anak kecil ini akan diasuh dan dididik menghayati sebuah kehidupan berdasarkan kepada kepada ciri - ciri sebuah kehidupan yang mengamalkan prinsip yang terkandung didalam Al Quran.

Saturday, November 6, 2010

Bacalah Dengan Nama Tuhanmu ... dengan penuh kasih sayang.

Bacalah Dengan Nama Tuhanmu ...




AL BAGHDADI.



KURSUS PERUNDING AL BAGHDADI.
Tempat: FRIM, Kepong.
Tarikh: 13/11/2010 & 14/11/2010.
Bayaran: RM300




<<Terbuka kepada umum >> (dewasa).






BENGKEL INTENSIF PEMANTAPAN BACAAN AL QURAN.

Anjuran: Ar Rasyid Resources.
Tempat: Ar Rasyid Training Centre.
No. 67, Jalan Lawan Pedang, Tadisma Business Park, Seksyen 13, 40100 Shah Alam.
Tarikh: 29/11/2010 - 18/12/2010 (20 hari).
Bayaran: RM300
Terbuka kepada umum.



KEM SMART AL QURAN

# Si cilik sedang menguji minda. Menambah keseronokan belajar membaca Al Quran.

Kem Smart Al-Quran - KSQ, adalah sebuah program memperkukuhkan bacaan Al Quran dengan menggunakan teknik Al-Baghdadi sepenuhnya yang di adakan semasa cuti sekolah. Program ini dianjurkan oleh Ar Rasyid Resources dengan menggunakan teknik Al- Baghdadi sebagai medium pengajaran yang mudah dan senang di ikuti oleh semua peringkat umur. Penekanan aspek-aspek berkaitan kepimpinan, interpersonal, akhlak, pengurusan masa juga diterapkan di dalam kem ini.

Objektif

• Membantu para peserta memahirkan bacaan Al-Quran dengan Teknik Al-Baghdadi.
• Membantu membetulkan sebutan makhraj dan bacaan lebih bertartil.
• Merangsang minat menghafaz Al-Quran dengan program hafazan.
• Menerapkan nilai – nilai akhlak, kepimpinan, interpersonal, dan pengurusan masa di dalam setiap peserta melalui program –program yang dijalankan.


Peserta:

Terbuka kepada anak-anak berusia 8 tahun hingga 17 tahun. (Lelaki sahaja)

Tempat:
Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid.
Lot 2174, Jalan Bawal,
Off Jalan Sungai Udang,
41250 Klang, Selangor, Malaysia.

# Sila rujuk peta seperti diatas.


Tarikh: 27/11/2010 - 03/12/2010. (7 hari)


Bayaran:
RM 560.00 seorang termasuk penginapan, makan dan minum 6 kali sehari dan bahan – bahan sepanjang kem berlangsung.

Aturcara Program KEM SMART AL-QURAN KSQ (Umum)


Masa Perkara:

5.30 pagi Persiapan diri, Solat subuh, Bengkel Hafazan
7.00 pagi Senam pagi, sarapan,
9.00 pagi Bengkel Al Baghdadi I
10.30 pagi Minum pagi
11.00 pagi Bengkel Al Baghdadi II
12.30 tengah hari Makan tengah hari, Solat Zohor Berjemaah
3.30 petang Bengkel Hafazan
4.30 petang Solat Asar, minum petang
5.00 petang Riadah
6.00 petang Persiapan diri
7.00 petang Solat maghrib , makan malam, solat isya’ Berjemaah
9.00 malam Sesi motivasi dan ketuk minda
Adab Tidur – baca doa beramai
11.00 malam Minum malam,Tidur

# Jadual waktu diatas adalah sebagai panduan semasa. Ketetapan aturcara akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


• Pendaftaran bermula jam 3 petang di Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid.
• Keperluan yang perlu dibawa : Al-Quran, Pakaian harian untuk 5 hari, pakaian sukan 2 set, pakaian solat, peralatan mandi, cadar, selimut dan sarung bantal.

# Antara teknik yang menceriakan suasana. Kreatif. Inovatif. Effektif.

Kepada kaum Muslimin yang berminat sila hubungi:
Al Fadhil Ustaz Abdul Rasyid Al Hafiz - 019 - 2345980.

Thursday, November 4, 2010

KEM SMART AL QURAN

# Si cilik sedang menguji minda. Menambah keseronokan belajar membaca Al Quran.

Kem Smart Al-Quran - KSQ, adalah sebuah program memperkukuhkan bacaan Al Quran dengan menggunakan teknik Al-Baghdadi sepenuhnya yang di adakan semasa cuti sekolah. Program ini dianjurkan oleh Ar Rasyid Resources dengan menggunakan teknik Al- Baghdadi sebagai medium pengajaran yang mudah dan senang di ikuti oleh semua peringkat umur. Penekanan aspek-aspek berkaitan kepimpinan, interpersonal, akhlak, pengurusan masa juga diterapkan di dalam kem ini.

Objektif

• Membantu para peserta memahirkan bacaan Al-Quran dengan Teknik Al-Baghdadi.
• Membantu membetulkan sebutan makhraj dan bacaan lebih bertartil.
• Merangsang minat menghafaz Al-Quran dengan program hafazan.
• Menerapkan nilai – nilai akhlak, kepimpinan, interpersonal, dan pengurusan masa di dalam setiap peserta melalui program –program yang dijalankan.


Peserta:

Terbuka kepada anak-anak berusia 8 tahun hingga 17 tahun. (Lelaki sahaja)

Tempat:
Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid.
Lot 2174, Jalan Bawal,
Off Jalan Sungai Udang,
41250 Klang, Selangor, Malaysia.

# Sila rujuk peta seperti diatas.


Tarikh: 27/11/2010 - 03/12/2010. (7 hari)


Bayaran:
RM 560.00 seorang termasuk penginapan, makan dan minum 6 kali sehari dan bahan – bahan sepanjang kem berlangsung.

Aturcara Program KEM SMART AL-QURAN KSQ (Umum)


Masa Perkara:

5.30 pagi Persiapan diri, Solat subuh, Bengkel Hafazan
7.00 pagi Senam pagi, sarapan,
9.00 pagi Bengkel Al Baghdadi I
10.30 pagi Minum pagi
11.00 pagi Bengkel Al Baghdadi II
12.30 tengah hari Makan tengah hari, Solat Zohor Berjemaah
3.30 petang Bengkel Hafazan
4.30 petang Solat Asar, minum petang
5.00 petang Riadah
6.00 petang Persiapan diri
7.00 petang Solat maghrib , makan malam, solat isya’ Berjemaah
9.00 malam Sesi motivasi dan ketuk minda
Adab Tidur – baca doa beramai
11.00 malam Minum malam,Tidur

# Jadual waktu diatas adalah sebagai panduan semasa. Ketetapan aturcara akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


• Pendaftaran bermula jam 3 petang di Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid.
• Keperluan yang perlu dibawa : Al-Quran, Pakaian harian untuk 5 hari, pakaian sukan 2 set, pakaian solat, peralatan mandi, cadar, selimut dan sarung bantal.

# Antara teknik yang menceriakan suasana. Kreatif. Inovatif. Effektif.

Kepada kaum Muslimin yang berminat sila hubungi: Al Fadhil Ustaz Abdul Rasyid Al Hafiz - 019 - 2345980.

Wednesday, October 27, 2010

INOVATIF. KREATIF. EFFEKTIF.

INOVATIF. KREATIF. EFFEKTIF.

Hari ini: 28/10/2010. Jam: 2 petang. Di saluran radio IKIM.FIM.

Marilah kita mengalunkan irama yang mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. Alunan yang berbeza. Ianya bukan nasyid. Ianya bukan tilawah.


Objektif Program


Program ini dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan satu teknik belajar dan mengajar Al-Quran dengan mudah melalui teknik Al-Baghdadi. Kaedah ini menggabungkan pendekatan yang inovatif dan terkini dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran agar dapat menarik minat mereka yang ingin mempelajari al-Quran.


Selain itu, program ini juga akan turut mendedahkan satu teknik bagi mewujudkan suasana santai, ceria dan menyeronokkan untuk kanak-kanak belajar Al-Quran menggunakan kad Al-Baghdadi. Ibubapa boleh memanfaatkan masa kualiti untuk mengajar anak-anak mereka membaca Al-Quran dengan menggunakan teknik dan kad ini. Kaedah ini juga amat sesuai dipraktikkan di Tadika untuk mengajar Al-Quran secara berkumpulan (sekitar 20 orang serentak). Teknik ini pasti mampu memikat kanak-kanak untuk mencintai Al-Quran, insyaAllah.

Objektif

• Membantu para peserta memahirkan bacaan Al-Quran dengan Teknik Al-Baghdadi.
• Membantu membetulkan sebutan makhraj dan bacaan lebih bertartil.
• Merangsang minat menghafaz Al-Quran dengan program hafazan.
• Menerapkan nilai – nilai akhlak, kepimpinan, interpersonal, dan pengurusan masa di dalam setiap peserta melalui program –program yang dijalankan.
Peserta


Tuesday, September 21, 2010

10 AMALAN TERBALIK


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang - kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau terlepas pandang atau terikut - ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1 - Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Dimana Rasulullah S.A.W telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir, andainya mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam ?


2 - Kalau hadir ke majlis walimatul urus (kenduri kahwin), orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tiada wang yang hendak diberikan, maka ia segan hendak pergi kenduri. Tetapi kalau ia menziarahi orang mati, tidak segan pula bila 'salam tidak berisi.' Sepatutnya, kalau menziarahi keluarga simati lah kita patut memberikan sedekah. Kalau ke majlis kenduri kahwin, tidak beri pun tidak mengapa, kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan, bukan untuk ia menambah pendapatan.


3 - Ketika menghadiri majlis bersama pemimpin negara, kita berpakaian cantik, kemas dan segak. Tetapi, bila menghadap Allah, baik dirumah mahupun di Masjid, maka pakaian lebih kurang sahaja, bahkan ada yang tidak berbaju. Tidakkah ini satu perbuatan yang terbalik ?


4 - Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberikan jamuan, kita rasa segan hendak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu. Sedangkan yang dituntut ialah dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan juadah tidak membazir.


5 - Kalau bersolat sunat di Masjid atau surau amat rajin, tetapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik - baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelak rasa riak.


6 - Bulan puasa adalah bulan mendidik jiwa termasuk nafsu makan yang berlebihan, tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa cara perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa adalah yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita ?


7 - Bila waktu hendak menunaikan ibadah haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah, dan apabila balik dari Mekah, tak buat kenduri apa pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat sewaktu bermusafir, maka dibuat kenduri, bukannya bila hendak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik ? Atau kita mempunyai tujuan lain ?


8 - Semua ibubapa amat bimbang sekiranya anak - anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka, dihantarlah ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tetapi, kalau anak tidak boleh membaca Al Quran atau solat, tidak pula terasa bimbang, bahkan tidak terdetik untuk menghantar anak ke tuisyen atau kelas membaca Al Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Bukankah terbalik amalan kita ini ? Kita sepatutnya lebih bimbang dan cemas jika anak tidak tahu membaca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9 - Kalau bekerja mengejar rezeki, tidak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tetapi, dalam urusan ke rumah Allah (masjid), tak hujan, tak ribut pun tetap tidak datang ke masjid. Sungguh tidak malu manusia begini. Rezeki Allah diminta, tapi nak kerumah NYA segan dan malas.


10- Seorang isteri kalau hendak keluar ruma samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi, kalau duduk dirumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain.


Perbuatan amalan terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenarnya, bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita, biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Tuesday, August 31, 2010

SUMBANGAN RAMADAN

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA ISLAM
TENAGA NASIONAL
WILAYAH PERSEKUTUAN & SELANGOR.



Bergambar beramai - ramai penuntut tahfiz dan wakil dari Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Tenaga Nasional Wilayah Persekutuan & Selangor, serta beberapa orang penyumbang.


Kelebihan Bersedekah. Satu Tazkirah.


"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang KAMI berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku ! Alangkah baiknya jika ENGKAU lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh" (Al Munafiqun: 10).


Huraian:

Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infak iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.


Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infak, kerana infak hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai harta, sangat dianjurkan untuk berinfak dan bersedekah.


Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.


PERBANDINGAN SEDEKAH menurut Al Quran:

"Bandingan pemberian orang - orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNYA, dan Allah Maha Luas (rahmatNYA) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al Baqarah: 261).


DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK.

Maksud sabda Rasulullah S.A.W: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya." (H.R. Tabrani).


MENOLAK BALA BENCANA.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W: "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah". (H.R. Al Baihaqi).


SELAGI PELUANG MASIH ADA ....

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki menghadap Rasululllah S.A.W lalu bertanya: "Wahai Rasulullah ! Sedekah mana satu yang lebih besar?" Nabi menjawab: "Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata: 'aku mahu bersedekah untuk si anu ... sekian untuk si anu dan si anu sekian dan sekian lagi untuk si anu.' (H.R. Al Bukhari).

Sunday, August 29, 2010

KEAJAIBAN SEDEKAH.


Jika kita diberikan dua pilihan, samada untuk menerima seribu ringgit (RM1,000) daripada seorang hartawan atau kita mendermakan seribu ringgit (RM1,000) kepada fakir miskin. Manakah yang kita pilih ? Tentu ramai yang memilih untuk menerima wang SERIBU RINGGIT.


Tetapi, seramai mana yang memilih untuk 'memberi' sekaligus menjadi tangan yang diatas ? Dari mata kasar, memberi bermakna mengurangkan jumlah yang kita ada. "Oh, mana cukup lagi kalau sudah diberikan kepada orang lain?" Itu betul ! Itulah hakikatnya.


Tetapi, jauh disisi Allah, tangan - tangan yang memberi akan mendapat kembali apa yang diberikan kepada mereka yang memerlukan, bahkan pulangannya cukup lumayan, ganjaran didunia dan akhirat. Maha Suci Allah yang memiliki segala kekayaan, dan DIA berhak memberi kekayaan tersebut kepada sesiapa yang DIA kehendaki.


Sebuah kisah benar tentang seorang lelaki yang koma dan dijangka tiada harapan untuk sembuh. Setiap hari, isteri dan anak lelakinya akan datang pagi dan petang untuk menjenguknya dihospital. Penuh ketulusan dan pengharapan, sehingga pihak hospital terkejut dengan keajaiban yang terjadi pada suatu pagi. Lelaki tadi bangkit dari komanya dengan tersenyum menunggu isteri dan anak tercinta. Mereka berpelukan gembira bersaksikan air mata seluruh warga hospital. Tentu sekali peristiwa tersebut menimbulkan tanda tanya kepada seluruh warga horpital termasuk anda.


Si isteri dan anak pun menceritakan bahawa setiap hari mereka akan datang menziarahi si ayah. Mereka akan pulang dan mensedekahkan sebahagian harta mereka kepada anak yatim dan mereka yang memerlukan serta meminta mereka mendoakan kesembuhan untuk si ayah sebelum menziarahinya buat kali kedua.


Akhirnya, doa mereka untuk melihat si ayah menanti mereka dikatil hospital dengan senyuman dimakbulkan oleh Allah. Maha Suci Allah yang ditangan-Nya segala kekayaan, kesembuhan dan penyelesaian atas setiap permasalahan. Namun, kita sering membelakangkan Allah dalam mencari solusi terhadap setiap permasalahan kita.


Semoga kita terus bercita - cita untuk selalu menjadi TANGAN YANG DIATAS.


Friday, August 20, 2010

Nak ke Tak Nak ?


Dibulan Ramadan. Setiap amalan akan diberikan ganjaran berlipat kali ganda hingga tidak terhitung jumlahnya.


Bayangkan setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran atau pahala amalan fardhu.


Maka, hendaklah kita bersikap TAMAK dan MEREBUT segala peluang dan ganjaran yang ditawarkan oleh Allah.

Sunday, May 23, 2010

mohon kepada Allah agar kita dan keluarga dapat masuk ke dalam syurga. kerana itulah kejayaan yang sebenar. ramai pada hari ini ingin kejayaan didunia tetapi mereka tidak berusaha untuk kejayaan diakhirat.
para Ibu mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ust Fadhil bin Ismail. selepas majlis ramai para Ibu menyatakan benar apa yang dikata oleh AlFadhil ust. kebanyakan Ibu Bapa pada hari ini mengharapkan sepenuh harapan untuk anak berjaya dalam bidang menghafaz AlQuran, tetapi ramai yang terlepas pandang dengan diri sendiri yang masih lemah dengan alQuran. oleh itu ayuh para Ibu Bapa sekelian. ayuh kita membudayakan alQuran dalam rumah tangga kita. Amin
AlFadil Ust Mohd Fadhil bin Ismail memberi ceramah yang sangat mantap bertajuk Ibu Bapa anak-anak & tahfiz. kata beliau bersyukur krn Allah memilih dari kalangan keluarga ada yang menghafaz AlQuran, ini bermakna rahmat telah masuk ke dalam rumah kita. oleh itu kita kena merubah dari kehidupan biasa kepada kehidupan yang berlandaskan AlQuran. kebanyakan Ibu Bapa hari ini terlepas pandang dari segi ini, kebanyakan meletakkan anak pada Tahfiz adalah semata-mata untuk anak menghafaz sahaja, keluarga tidak membaca pun berusaha untuk sama-sama menghafaz AlQuran, bahkan kadang-kadang ada juga Ibu Bapa yang tidak tahu membaca AlQuran. ini adalah kesilapan yang sangat merugikan. ramai terlepas pandang.
Apabila anak-anak bercuti, balik kerumah, sepatutnya kita bawa balik rahmat yang ada di Madrasah bawa balik kerumah. supaya rumah kita juga bercahaya menyinari kehidupan. jadikanlah AlQuran sumber kepada segala keperluan hidup, kerana didalamnya terdapat seluruh keperluan yang diperlukan oleh manusia.

Saturday, May 22, 2010

pada akhir bulan April 2010 majlis kahtam telah diadakan lagi. Alhamdulilah, bersyukur Ibu yang melahirkan anak-anak ini, begitu juga bapa yang telah bertungkus lumus siang dan malam mencari rezeki utk membesarkan anak-anak yang diamanahkan, akhirnya anak-anak mereka telah dapat tamatkan hafazan AlQuran 30 juz. akhirnya Allah swt telah memilih mereka untuk menjadi AHLULLAH (ahli-ahli allah). Mudir sendiri telah membacakan doa khatam pada majlis tersebut. pada malam tersebut amat meriah sekali kerana selepas daripada majlis khatam kami adakan pula ceramah khas untuk para tetamu yang hadir.

Friday, May 7, 2010

Majlis Khatam Al Quran.

Alhamdulillah, anak tahfiz kami khatam lagi.
Majlis khatam pada akhir bulan Mac 2010.

Menurut Utsman bin Affan r.a, Nabi SAW bersabda;
"Terbaik antara kamu semua ialah orang yang mempelajari AlQuran kemudian mengajarnya pada orang lain."
(H.R Al-Bukhari, Abu Daud & At-Tirmizi)

Sesiapa yang membaca Al Quran, mampu menghafaznya dan mengamalkan isi kandungannya tentulah mereka mendapat kedudukan paling tinggi didalam syurga.

Program Maulidur Rasul

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL.
akhir bulan Feb 2010.

Masa diutus-Nya, Baginda SAW, memang merupakan berita yang paling menarik dan paling besar sepanjang sejarah. Berita ini menjadi buah tutur orang-orang yang berjaga malam dan menjadi perbualan orang-orang yang musafir. Perjalanan sejarah bergerak ke arahnya dan hari-hari berhenti ke arahnya, kisah diangkatnya Baginda SAW menjadi utusan tidak dapat disekat oleh kegelapan, tidak dapat disapu oleh angin dan tidak dapat dihalang oleh awan. Baginda SAW diturunkan kealam dunia ini bagaikan membawa cahaya matahari yang bersinar-sina, singkatnya, Baginda SAW adalah cahaya. apakah cahaya itu tidak jelas?

Majlis Khatam Al Quran.


MAJLIS KHATAM ANAK TAHFIZ KAMI PADA FEB 2010

Amat menyedihkan umat Islam pada hari ini sama ada berbangsa arab atau bukan arab, kebanyakan mereka tidak tahu membaca Al Quran. Ada yang tahu membaca Al Quran tetapi tajwid Al Qurannya pula bermasalah dan amat mendukacitakan.


Apakah golongan ini beranggapan mempelajari Al Quran itu sunat? Sedangkan, terkandung didalamnya ilmu agama yang menjadi pegangan setiap umat islam yang beriman. Tanpa AlQuran, gelaplah jalan-jalan yang dilaluinya dan terpadamlah cahaya petunjuk.


Wednesday, May 5, 2010

Jasa, Korban dan Perjuangan,

Alhamdulilah, setakat ini Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid mempunyai seramai 50 orang pelajar lelaki sahaja.


Seramai 20 orang pelajar miskin & anak Yatim yang tidak berkemampuan membayar yuran.


3 orang Tenaga pengajar yang berkhidmat kerana Allah.
Sukatan pelajaran Madrasah Tahfiz AlQuran Ar Rasyid

Adalah mengikut sukatan pelajaran daripada MadrasatulQuran Kubang Bajuk Terengganu.

Dimana pelajar akan bangun seAwal 4.30 pagi. Qiamullail dan hantar Hafalan Baru pada Ustaz masing-masing.

Setelah solat subuh akan diadakan pengajian Sirah Rasululah SAW.

Setelah bersarapan, pengajian bermula semula dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi. (fardhu ain,hadith,tajwid,bahasa arab.)

kemudian makan tengahari dan berehat.

Setelah Solat zohor jam 2.00 ptg pengajian bersambung hingga asar. (mengulang hafalan lama)

Setelah makan petang dan riadah kelas bersambung semula selepas Magrib hingga isyak. (menghafaz hafalan baru)

jam 10.30 wajib tidur. begitulah rutin harian.
Diantara Objektif Madrasah Tahfiz AlQuran ArRasyid

*Membasmi buta AlQuran dikalangan kanak-kanak sebelum balingh

*Melahirkan pelajar yang dapat menamatkan Hafazan AlQuran selama 3 tahun.

*Untuk menjadi Para Hufaz yang serba boleh.

*Menghidupkan tradisi pengajian AlQuran berasaskan Sunnah Rasululah SAW yang menekankan kaedah 5 M, (Membaca,Menulis,Menghafaz,Memahami & menghayati.)
Matlamat Madrasah tahfiz alQuran Ar Rasyid

* Melahirkan gererasi ulama dan penghafaz AlQuran yang mahir, berketrampilan dan beramal dengan isi AlQuran sekali gus sebagai AlQuran yang bergerak.

* Melahirkan generasi yang bertanggungjawab dalam semua aspek dan boleh berdikari dalam menghadapi arus dunia moden.

* Melahirkan generasi seimbang dari segi mental, fizikal dan rohani.

* Menjadi pusat penghayatan AlQuran yang bersepadu

* Ke arah pembentukan generasi AlQuran yang syumul.

Tuesday, May 4, 2010

Bergambar bersama trofi kemenangan.


Alhamdulilah, dengan berkat kesungguhan para guru dan pelajar-pelajar. Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid telah berjaya mendapat markah tertinggi dalam majlis tersebut, mendapat 2 piala. Gambar kenangan ini tidak dapat dilupakan. Bersyukur ke hadrat Allah yang tidak terhingga.


Perarakan Maulidur Rasul.

Pada bulan feb 2010, Pelajar-pelajar Madrasah Tahfiz AlQuran Ar-Rasyid menyertai perarakan Maulidurasul yang dianjurkan oleh pihak Masjid Al Mutaqin Sg. Udang.

Perasmian MTAAR


Hari bersejarah bagi warga Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid.


Gambar kenangan Mudir Madrasah Tahfiz AlQuran Ar Rasyid - (Ust Hj Abd Rasyid bin Hj Abd Ghani) bersama YB. Dr Hajah Halimah Ali. Adun Selat Klang

Bergambar Kenangan Bersama YB Adun Selat Klang.


Pada hari perasmian bulan jan 2010, para pelajar mengambil kesempatan bergambar bersama YB. Dr Hajah Halimah Ali, Adun Selat Klang. Merangkap Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Selangor.

Ust. Hj. Mohd Atiq bin Mohamad selaku guru di Madrasah Tahfiz Ar Rasyid telah membaca doa memohon keberkatan dari Allah, diaminkan oleh semua yang hadir.


Turut memeriahkan lagi, Nazir Masjid Sg. Udang dan isteri.

Pemandangan hadapan Madrasah Ar Rasyid


Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid ditubuhkan pada 2002.


Kini setelah berlalunya berbagai-bagai rintangan dan ujian, maka pada Januari 2010, banggunan yang bersejarah ini telah dirasmikan dengan meriah sekali oleh YB. Dr. Hajah Halimah Ali, Adun Selat Klang.


Alamat penuh kami:

Lot 2174, Jalan Bawal, Kampong Sungai Udang, 41250 Klang.
Al-Quran adalah sumber Ilmu
Mukjizat kandungannya diperakui oleh segenap lapisan ilmuan dan cendekiawan.
Meskipun akal manusia mampu merungkai pelbagai persoalan kehidupan, namun jika di buat perbandingan dalam semua hal, jelas membuktikan bahawa AlQuran mendahului segalanya.
Dalam menempuh kehidupan dunia yang mencabar ini, keperluan terhadap ilmu adalah sangat kritikal. justeru, ilmu perlulah dicari dan digali dari sumbernya yang asli agar ilmu yang diperoleh bukan hanya membuahkan ketenangan hidup didunia bahkan yang terutama adalah kesenangan hidup di akhirat.
Dengan rasa rendah diri
Saya memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kecacatan di dalam ruangan ini.
Apa pun, terimalah seadanya, daripada kami yang terlalu dhaif ini.
Asalamualaikum

Segala puji bagi allah swt tuhan sekelian alam.
Selawat dan salam serta pujian buat Nabi Muhamad SAW, penutup segala nabi dan Rasul.
Salam sejahtera buat ahli keluarga Baginda SAW dan Para Sahabatnya serta mereka yang menuruti jejak langkahnya.

Awalnya, terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi bersama-sama kami diruangan ini untuk mengenali kami dengan lebih rapat lagi.