PETA KE MADRASAH AR RASYID

PETA  KE  MADRASAH  AR RASYID
PETA | NOMBOR AKAUN BIMB | NOMBOR TELEFON BIMBIT | ALAMAT EMEL

AL BAGHDADI. Teknik Belajar & Mengajar Al Quran. Kaedah yang menyeronokkan !

AL BAGHDADI.  Teknik Belajar & Mengajar Al Quran.  Kaedah yang menyeronokkan !
Untuk menyertai KELAB AL BAGHDADI. Sila hubungi Ustaz Rasyid - 019 2345 980.

DERMA FISABILILLAH

Segala sumbangan Derma FISABILILLAH boleh dimasukkan kedalam akaun Bank Islam - 12010010075324 - atas nama MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID. TERIMA KASIH.
All donations for Derma Fisabilillah can be credited to Bank Islam - 12010010075324 - under the name of MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID Thank you.

Hadi's Nutri Meal. Sesuai untuk semua golongan. Rasanya Sedap, Berkhasiat & Menyelerakan !

Hadi's Nutri Meal. Sesuai untuk semua golongan. Rasanya Sedap, Berkhasiat & Menyelerakan !
HADI'S diadun daripada 17 bijirin terpilih yang berkhasiat. Diperkaya dengan zat vitamin, mineral dan serat untuk memastikan anda dan keluarga kekal sihat dan cergas sepanjang hari. Buat ibubapa prihatin. Sediakan sepeket untuk anak - anak yang akan menghadapi peperiksaan. Minuman ini berupaya untuk menjaga sistem penghadaman dan mencerdaskan minda. Untuk maklumat lanjut sila klik pada gambar.

Tuesday, August 31, 2010

SUMBANGAN RAMADAN

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA ISLAM
TENAGA NASIONAL
WILAYAH PERSEKUTUAN & SELANGOR.



Bergambar beramai - ramai penuntut tahfiz dan wakil dari Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Tenaga Nasional Wilayah Persekutuan & Selangor, serta beberapa orang penyumbang.


Kelebihan Bersedekah. Satu Tazkirah.


"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang KAMI berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku ! Alangkah baiknya jika ENGKAU lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh" (Al Munafiqun: 10).


Huraian:

Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infak iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.


Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infak, kerana infak hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai harta, sangat dianjurkan untuk berinfak dan bersedekah.


Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.


PERBANDINGAN SEDEKAH menurut Al Quran:

"Bandingan pemberian orang - orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNYA, dan Allah Maha Luas (rahmatNYA) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al Baqarah: 261).


DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK.

Maksud sabda Rasulullah S.A.W: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya." (H.R. Tabrani).


MENOLAK BALA BENCANA.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W: "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah". (H.R. Al Baihaqi).


SELAGI PELUANG MASIH ADA ....

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki menghadap Rasululllah S.A.W lalu bertanya: "Wahai Rasulullah ! Sedekah mana satu yang lebih besar?" Nabi menjawab: "Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata: 'aku mahu bersedekah untuk si anu ... sekian untuk si anu dan si anu sekian dan sekian lagi untuk si anu.' (H.R. Al Bukhari).

No comments:

Post a Comment