PETA KE MADRASAH AR RASYID

PETA  KE  MADRASAH  AR RASYID
PETA | NOMBOR AKAUN BIMB | NOMBOR TELEFON BIMBIT | ALAMAT EMEL

AL BAGHDADI. Teknik Belajar & Mengajar Al Quran. Kaedah yang menyeronokkan !

AL BAGHDADI.  Teknik Belajar & Mengajar Al Quran.  Kaedah yang menyeronokkan !
Untuk menyertai KELAB AL BAGHDADI. Sila hubungi Ustaz Rasyid - 019 2345 980.

DERMA FISABILILLAH

Segala sumbangan Derma FISABILILLAH boleh dimasukkan kedalam akaun Bank Islam - 12010010075324 - atas nama MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID. TERIMA KASIH.
All donations for Derma Fisabilillah can be credited to Bank Islam - 12010010075324 - under the name of MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID Thank you.

Hadi's Nutri Meal. Sesuai untuk semua golongan. Rasanya Sedap, Berkhasiat & Menyelerakan !

Hadi's Nutri Meal. Sesuai untuk semua golongan. Rasanya Sedap, Berkhasiat & Menyelerakan !
HADI'S diadun daripada 17 bijirin terpilih yang berkhasiat. Diperkaya dengan zat vitamin, mineral dan serat untuk memastikan anda dan keluarga kekal sihat dan cergas sepanjang hari. Buat ibubapa prihatin. Sediakan sepeket untuk anak - anak yang akan menghadapi peperiksaan. Minuman ini berupaya untuk menjaga sistem penghadaman dan mencerdaskan minda. Untuk maklumat lanjut sila klik pada gambar.

Tuesday, August 31, 2010

SUMBANGAN RAMADAN

PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA ISLAM
TENAGA NASIONAL
WILAYAH PERSEKUTUAN & SELANGOR.



Bergambar beramai - ramai penuntut tahfiz dan wakil dari Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Tenaga Nasional Wilayah Persekutuan & Selangor, serta beberapa orang penyumbang.


Kelebihan Bersedekah. Satu Tazkirah.


"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang KAMI berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku ! Alangkah baiknya jika ENGKAU lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh" (Al Munafiqun: 10).


Huraian:

Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infak iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.


Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infak, kerana infak hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai harta, sangat dianjurkan untuk berinfak dan bersedekah.


Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.


PERBANDINGAN SEDEKAH menurut Al Quran:

"Bandingan pemberian orang - orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNYA, dan Allah Maha Luas (rahmatNYA) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al Baqarah: 261).


DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK.

Maksud sabda Rasulullah S.A.W: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya." (H.R. Tabrani).


MENOLAK BALA BENCANA.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W: "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah". (H.R. Al Baihaqi).


SELAGI PELUANG MASIH ADA ....

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki menghadap Rasululllah S.A.W lalu bertanya: "Wahai Rasulullah ! Sedekah mana satu yang lebih besar?" Nabi menjawab: "Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata: 'aku mahu bersedekah untuk si anu ... sekian untuk si anu dan si anu sekian dan sekian lagi untuk si anu.' (H.R. Al Bukhari).

Sunday, August 29, 2010

KEAJAIBAN SEDEKAH.


Jika kita diberikan dua pilihan, samada untuk menerima seribu ringgit (RM1,000) daripada seorang hartawan atau kita mendermakan seribu ringgit (RM1,000) kepada fakir miskin. Manakah yang kita pilih ? Tentu ramai yang memilih untuk menerima wang SERIBU RINGGIT.


Tetapi, seramai mana yang memilih untuk 'memberi' sekaligus menjadi tangan yang diatas ? Dari mata kasar, memberi bermakna mengurangkan jumlah yang kita ada. "Oh, mana cukup lagi kalau sudah diberikan kepada orang lain?" Itu betul ! Itulah hakikatnya.


Tetapi, jauh disisi Allah, tangan - tangan yang memberi akan mendapat kembali apa yang diberikan kepada mereka yang memerlukan, bahkan pulangannya cukup lumayan, ganjaran didunia dan akhirat. Maha Suci Allah yang memiliki segala kekayaan, dan DIA berhak memberi kekayaan tersebut kepada sesiapa yang DIA kehendaki.


Sebuah kisah benar tentang seorang lelaki yang koma dan dijangka tiada harapan untuk sembuh. Setiap hari, isteri dan anak lelakinya akan datang pagi dan petang untuk menjenguknya dihospital. Penuh ketulusan dan pengharapan, sehingga pihak hospital terkejut dengan keajaiban yang terjadi pada suatu pagi. Lelaki tadi bangkit dari komanya dengan tersenyum menunggu isteri dan anak tercinta. Mereka berpelukan gembira bersaksikan air mata seluruh warga hospital. Tentu sekali peristiwa tersebut menimbulkan tanda tanya kepada seluruh warga horpital termasuk anda.


Si isteri dan anak pun menceritakan bahawa setiap hari mereka akan datang menziarahi si ayah. Mereka akan pulang dan mensedekahkan sebahagian harta mereka kepada anak yatim dan mereka yang memerlukan serta meminta mereka mendoakan kesembuhan untuk si ayah sebelum menziarahinya buat kali kedua.


Akhirnya, doa mereka untuk melihat si ayah menanti mereka dikatil hospital dengan senyuman dimakbulkan oleh Allah. Maha Suci Allah yang ditangan-Nya segala kekayaan, kesembuhan dan penyelesaian atas setiap permasalahan. Namun, kita sering membelakangkan Allah dalam mencari solusi terhadap setiap permasalahan kita.


Semoga kita terus bercita - cita untuk selalu menjadi TANGAN YANG DIATAS.


Friday, August 20, 2010

Nak ke Tak Nak ?


Dibulan Ramadan. Setiap amalan akan diberikan ganjaran berlipat kali ganda hingga tidak terhitung jumlahnya.


Bayangkan setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran atau pahala amalan fardhu.


Maka, hendaklah kita bersikap TAMAK dan MEREBUT segala peluang dan ganjaran yang ditawarkan oleh Allah.