PETA KE MADRASAH AR RASYID

PETA  KE  MADRASAH  AR RASYID
PETA | NOMBOR AKAUN BIMB | NOMBOR TELEFON BIMBIT | ALAMAT EMEL

AL BAGHDADI. Teknik Belajar & Mengajar Al Quran. Kaedah yang menyeronokkan !

AL BAGHDADI.  Teknik Belajar & Mengajar Al Quran.  Kaedah yang menyeronokkan !
Untuk menyertai KELAB AL BAGHDADI. Sila hubungi Ustaz Rasyid - 019 2345 980.

DERMA FISABILILLAH

Segala sumbangan Derma FISABILILLAH boleh dimasukkan kedalam akaun Bank Islam - 12010010075324 - atas nama MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID. TERIMA KASIH.
All donations for Derma Fisabilillah can be credited to Bank Islam - 12010010075324 - under the name of MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID Thank you.

Hadi's Nutri Meal. Sesuai untuk semua golongan. Rasanya Sedap, Berkhasiat & Menyelerakan !

Hadi's Nutri Meal. Sesuai untuk semua golongan. Rasanya Sedap, Berkhasiat & Menyelerakan !
HADI'S diadun daripada 17 bijirin terpilih yang berkhasiat. Diperkaya dengan zat vitamin, mineral dan serat untuk memastikan anda dan keluarga kekal sihat dan cergas sepanjang hari. Buat ibubapa prihatin. Sediakan sepeket untuk anak - anak yang akan menghadapi peperiksaan. Minuman ini berupaya untuk menjaga sistem penghadaman dan mencerdaskan minda. Untuk maklumat lanjut sila klik pada gambar.

Wednesday, October 12, 2011

Jom KORBAN. Jom Akikah.

Marilah Menyertai Program Ibadah QURBAN / AKIKAH di Kemboja - 1432 Hijriah.

Anjuran:  MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID.

*  Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid Menganjurkan Program Ibadah Qurban / Akikah di Kemboja.
*  Kami mempelawa Muslimin & Muslimat untuk menyertai program ibadah tersebut.
*  Progran akan diadakan di Perkampongan Islam Kemboja.
(Kebanyakannya hidup dhaif dan amat memerlukan bantuan saudara seagama).
*  Tawaran Harga:
1 Bahagian Qurban daripada 7 bahagian:  RM250.00
-  Setiap Akikah - Seekor kambingRM500.00.

Sila Serahkan Borang Penyertaan Pada Atau Sebelum: 5 NOVEMBER 2011.

BERMINAT HUBUNGI:  Ustaz Haji Abdul Rasyid  -  019 2345 980  /  012 6561 274

KELEBIHAN IBADAT KORBAN

Muslimin yang dirahmati Allah,

MARILAH kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.
Muslimin yang dirahmati Allah,


Pada ketika ini para jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia sedang berhimpun di Tanah Suci Mekah untuk melaksanakan ibadah haji. Sebagaimana yang kita maklumi, ibadah haji adalah rukun Islam kelima yang diwajibkan bagi mereka yang berkemampuan mengerjakannya. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran ayat 96-97 tafsirnya :


"Sesungguhnya rumah ibadah yang mula-mula dibina untuk manusia (ibadah kepada Tuhan-Nya) ialah Baitullah di Mekah yang berkah dan dijadikan petunjuk hidayah bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata yang menunjukkan kemuliannya di antaranya ialah maqam Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur ingkarkan kewajipan ibadat haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, tidak berhajatkan sesuatu pun dari sekalian makhluk".


Salah satu amal ibadah yang disunatkan pada musim haji ialah ibadah korban. Waktu penyembelihannya bermula sebaik-baik saja selesai menunaikan sembahyang sunat Aidiladha sehingga terbenam matahari pada hari tasyrik 13 Zulhijjah.
Sesungguhnya ibadah korban itu hukumnya sunat muakkadah iaitu sunat yang sangat dituntut, lebih-lebih lagi kepada orang yang berkemampuan yang telah dilimpahi rezeki kepada mereka. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa yang mempunyai kelapangan (mampu) untuk berkorban tetapi dia tidak berkorban, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini". (Riwayat Ibnu Majah)

Muslimin yang berbahagia,

Adapun sejarah korban itu bermula pada zaman Nabi Adam Alaihissalam lagi, sebagaimana yang telah diceritakan dalam Surah Al Maa-idah ayat 27 tafsirnya :

"Dan bacakanlah wahai Muhammad kepada mereka kisah mengenai dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya iaitu ketika mereka berdua mempersembahnya satu persembahan korban untuk mendampingkan diri kepada Allah. Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima korban daripada yang lain (Qabil)".




Qabil merasa iri hati dengan saudaranya Habil kerana mendapat perempuan yang cantik dan demi untuk kepentingan dirinya, dia ingin mengahwini pasangan kembarnya Iqlimia. Meskipun bapanya berharap agar dia mengikut perintahnya dengan mengahwini Layuza, namun dia enggan mematuhinya. Lalu mereka pun membuat perundingan dan masing-masing bersetuju untuk menyembahkan korban.


Korban Qabil berupa hasil tanaman yang rosak dan Habil pula berkorban dengan seekor kibasy yang sihat dan gemuk. Lalu Allah Subhanahu Wata'ala menerima korban Habil. Ahli tafsir mengatakan bahawa kibasy itu diangkat ke Syurga sehingga Allah Subhanahu Wata'ala menebus Nabi Ismail Alaihissalam dengan kibasy tersebut.

Dalam sejarah lain juga menceritakan bagaimana Abdul Mutalib telah bernazar bahawa jika dia dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan sepuluh orang anak nescaya dia akan menyembelih salah seorang daripada anak-anaknya sebagai korban. Apabila saja Abdul Mutalib dikurniakan dengan sepuluh orang anak, maka Abdul Mutalib pun memenuhi nazarnya dengan melakukan undian ke atas anak-anaknya untuk dijadikan korban. Hasil undian tersebut jatuh kepada anaknya yang bernama Abdullah iaitu ayahanda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Tetapi orang-orang Quraisy menghalang penyembelihan dilakukan ke atas Abdullah kerana mereka khuatir perbuatan itu akan menjadi ikutan yang berterusan. Akhirnya setelah memikirkannya, Abdul Mutalib bersetuju menebus Abdullah dengan seratus ekor unta untuk dijadikan korban.

Sesungguhnya ibadah korban disyariatkan oleh agama Islam bermula pada tahun kedua hijrah dan korban yang hanya dibolehkan ialah binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau dan kambing.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Islam mensyariatkan ibadah korban itu sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala, sebagaimana yang sering kita ikrarkan dalam sembahyang : "Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allah Subhanahu Wata'ala". Ibadah korban juga adalah sebagai melahirkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala di atas segala nikmat dan rezeki yang telah diberikan-Nya.
Manakala di antara hikmat dari pensyariatan ibadah korban itu pula ialah :

Pertama : Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban, akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibasy. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, dia berkata : Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab dengan sabdanya maksudnya :

"Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya".

Kedua : Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.

Ketiga : Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.

Keempat : Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Muslimin yang berbahagia,

Memandangkan ibadah korban itu mempunyai hikmah dan kelebihan yang amat banyak, maka sudah sewajarnyalah kita merebut peluang ini dengan melakukan korban pada hari raya itu nanti. Sama-samalah kita berdoa semoga dimurahkan rezeki dan dapat melakukan ibadah korban. Mudah-mudahan segala amal kebajikan yang kita lakukan di atas dasar keikhlasan dan keimanan itu akan diterima Allah Subhanahu Wata'ala dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Hajj ayat 37 tafsirnya :

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah. Tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira dengan balasan yang sebaik-baiknya kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya".

Wednesday, July 27, 2011

Marilah Menaja Program Berbuka Puasa Bersama.

Program Tajaan Berbuka Puasa Bersama Pelajar Tahfiz & Anak Yatim.

Semoga tuan/puan berada dalam lindungan Allah SWT dan diberi kesihatan dan kesejahteraan.

Ramadhan menjenguk lagi. Dan kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
{Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (di antara yang hak dan yang batil)}. [Al-Baqarah: 185]

Ibadat memberi makan bagi orang yang berbuka, akan menjadi asas kepada banyak ibadat-ibadat lain, rahmat dan kasih sayang terhadap sahabat yang diberi makan, akan melahirkan majlis para solihin, yang mengharapkan pahala di atas ketaatan, yang dikuatkan dengan makanan yang disedekahkan tadi.

Firman Allah SWT: Maksudnya: 
{Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. (Mereka berkata:) Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera.} [Al-Insan: 8-12].

Pihak Madrasah dengan ini membuka peluang kepada Tuan dan Puan, Saudara saudari kaum Muslimin untuk bersama – sama merebut peluang yang terbuka luas ini untuk bersama – sama menaja majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Tahfiz & Anak Yatim,  sesungguhnya pelajar – pelajar tahfiz adalah insan terpilih yang sentiasa dekat dan rapat dengan Al Quran. Kehidupan mereka adalah Al Quran,  dan mereka adalah Al Quran Bergerak diatas muka bumi ini.  Dan mereka adalah Duta – Duta Allah diatas muka bumi ini.

Bagi umat Islam yang prihatin dan berusaha untuk merebut amal jariah adalah dipelawa untuk menaja program ini,  dimana anggaran kos untuk majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Tahfiz ini adalah sebanyak RM500 bagi satu (1) hari berbuka.

Bagi Tuan dan Puan yang sudi menaja,  diharap tidak melepaskan peluang untuk turut sama berbuka bersama dengan pelajar dan staff Madrasah.

MARHABAN YA RAMADAN.

SALAM RAMADAN 1432 Hijriah.

Menantikan dakapan Ramadan yang ditunggu – tunggu,  maka pihak pengurusan Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam.


Kami mendoakan semoga bulan Ramadan Al Mubarak ini disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran yang tidak terhingga serta sentiasa berusaha mempertingkatkan ibadah dalam bulan penuh dengan keampunan, keberkatan dan rahmat ini.

Bagi kami dimadrasah ini,  pendidikana awal yang kami ingin terapkan ialah dengan berpuasa dalam erti kata sebenarnya,  bukan sekadar menahan dari makan dan minum tetapi jauh melangkaui dalam segala sudut kerohanian.  Kerana sesungguhnya,  Ramadan adalah bulan terbaik untuk mendidik seorang muslim itu menjadi dai'e  dan pejuang Islam tulen.

Dikesempatan ini juga dengan setulus ikhlas kami suka mengingatkan kepada Tuan dan Puan agar memandu dengan berhati – hati.  Kepada yang bercadang untuk memandu pulang ke kampong dipenghujung Ramadan bersama keluarga tercinta.  Kami mendoakan agar Tuan dan Puan sekalian selamat sampai ke destinasi yang dituju.


Sekian,  Sambutlah Salam Ramadan Dari Kami di Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid.

Sunday, April 24, 2011

PROJEK FASA II. MTAAR.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Syukur Alhamdulillah. Fasa ll, projek pembinaan Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid telahpun bermula. Bertempat di Kampong Delek. Tanah telahpun diratakan. Ini adalah hasil sumbangan orang ramai yang bersama - sama berhasrat untuk membangunkan sebuah pusat tahfiz untuk kepentingan umat Islam keseluruhannya.

Projek pembinaan bangunan akan menelan belanja sebanyak RM2 juta. InsyaAllah, kami akan siarkan pelan bangunan, kawasan tanah, segala utiliti yang diperlukan dan setiap perkembangan pusat tahfiz dan dakwah ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa untuk tatapan orang ramai.

Kami berusaha dan ANDA yang menjayakan projek ini. Setiap sumbangan dari orang ramai, khususnya umat Islam yang prihatin dengan ilmu, amal, dakwah dan pembelajaran Al Quran amat diperlukan dan amat dihargai.

Salah satu kaedah untuk menjana ekonomi, maka pihak kami berusaha membekalkan Air Zam - Zam bagi faedah umat Islam yang amat memerlukan.

Juga pihak kami telah mengutuskan surat kepada para Doktor, dimana surat memohon sumbangan ini telah diutuskan kepada Doktor - doktor yang memiliki klinik persendirian dan Doktor Islam yang bertugas di jabatan kerajaan.




"Ya Allah, jadikan kami orang - orang yang mengerjakan kebaikan dan sentiasa mengajak orang lain melaksanakan kebaikan. Dan jauhkan kami dari kejahatan dan dari mengajak orang lain mengerjakan kejahatan. AMIN ..."


Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengetua Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid. Ustaz Haji Abdul Rasyid ( 019 2345 980).


Atas segala sumbangan yang dihulurkan, kami dahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan. Semoga Allah sahaja yang membalas kebaikan Tuan dan Puan.


* Gambar foto. Boleh dapatkan di: AL BAGHDADI TRAINING CENTRE. No. 67, Jalan Lawan Pedang 13/27, Tadisma Business Park, Seksyen 13, Shah Alam. Sila hubungi: Mohd. Feroz (019 2254 910).

1 - Air Zam - zam:
350ml: RM10
500ml: RM15
1L: RM25


{{{{{{{ KEISTIMEWAAN AIR ZAM ZAM YANG KAMI EDARKAN IALAH. AIR ZAM ZAM INI TELAH DISYIFAKKAN DENGAN BACAAN 30 JUZ AL QURAN - INSYAALAH UNTUK LEBIH FADHILAT DAN KEBERKATAN}}}}}}}


2 - Susu Kambing + Madu (disyifakkan dengan 30 juz Al Quran): RM30.
3 - HADI'S Nutri Meal. RM40.
4 - HADI'S KOPI Ganoderma + Tongkat Ali / Ginseng: RM23.


Wednesday, March 23, 2011

BELASUNGKAWA.

Dukacita dimaklumkan bahawa, adinda tercinta kepada Ustaz Haji Abdul Rasyid Bin Abdul Ghani, iaitu Puan Habsah Binti Abdul Ghani, telah pulang kerahmatullah pada pagi Ahad - 20hb Mac, jam 4.30 pagi akibat kemalangan jalanraya di Simpang Renggam, Johor.


TAKZIAH diucapkan untuk keluarga Haji Abdul Ghani atas pemergian ahli keluarga mereka.


AL FATIHAH.

Tuesday, February 8, 2011

3 dalam 1. DUNIAKU AL QURAN Kearah Revolusi Pendidikan.

Alhamdulillah. Bagi tujuan untuk sebaran am. Dan bagi tujuan dakwah, maka kami telah mewujudkan 2 buah blog lagi bagi kemudahan untuk umat Islam dan mereka yang mengenali kami untuk melihat program yang akan datang.



Blog pertama adalah sebagai memenuhi permintaan umat Islam yang sentiasa prihatin dengan perkembangan madrasah kami. Untuk melihat perjalanan dan keadaan luaran dan dalaman madrasah. Sila klik disini.


Manakala bagi umat Islam yang belum ataupun baru mengenali - Teknik Al Baghdadi. Maka, kami siarkan program dan perjalanan kami untuk memperkenalkan teknik ini kepada umat Islam. Teknik yang - Inovatif, Kreatif dan Efektif ini, InsyaAllah mampu untuk membimbing umat Islam yang berhasrat untuk mempelajari teknik ini dengan lebih mendalam.


Maka, kami dengan rendah hati, berusaha mempersembahkan yang terbaik untuk tatapan umat Islam. Sila klik disini


Segala maklumat akan disebarkan melalui ketiga - tiga lama blog ini bagi tujuan menyebarkan maklumat dan sasaran dakwah supaya lebih meluas. InsyaAllah.


Bagi umat Islam yang mempunyai kelebihan dari segi kewangan dan berhasrat untuk menyalurkan sumbangan bagi kemudahan tahfiz, maka segala sumbangan dari para dermawan sekalian sila salurkan ke akaun Maybank atas nama - Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid.

Tuesday, January 18, 2011

KUNJUNGAN ISTIMEWA.


Syukur, Alhamdulillah. Pada 17 hb Januari 2011. Iaiu pada hari Isnin yang lalu. Pihak Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid, berasa sungguh bertuah kerana menerima kunjungan hormat, lawatan sambil kerja, yang dilakukan oleh Pengarah dan pegawai MAIS. Kunjungan hormat itu juga turut disertai oleh Pengerusi dan pegawai PITAS - Persatuan Tahfiz Selangor.


Tetamu istimewa yang hadir ialah. Tuan Pengarah MAIS, Datuk Prof. Dr. Abdul Halim Tamuri. Ustaz Abdul Wahab, pegawai dari Pejabat Agama Daerah Klang. Dr. Shahril Bin Sartu, Pengerusi PITAS dan Ustaz Mohd Saufi, yang merupakan EXCO PITAS.


Kehadiran tetamu kehormat itu disambut mesra oleh Tuan Mudir, Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Haji Abdul Rasyid bersama para pembantu tadbir madrasah.


Tetamu istimewa tiba dan disambut dengan deruan bacaan ayat - ayat suci Al Quran yang sedang asyik dibaca dan dihafaz oleh penuntut tahfiz seramai hampir 70 orang. Gema bacaan ayat - ayat suci merangsang lagi rakaman kehadiran pegawai dan peneraju majlis agama Islam negeri Selangor.


Sejurus tiba. Tuan Mudir Madrasah telah menyampaikan ucapan alu - aluan kepada para tetamu yang hadir. Dan Tuan Pengarah MAIS diberikan kesempatan untuk memberikan sepatah dua kata sebagai perangsang kepada penuntut dan pentadbir madrasah. Para tetamu kemudiannya dibawa melihat seluruh kawasan dalaman dan luaran madrasah. Dan diberikan maklumat serta taklimat oleh Tuan Mudir.


Usai tinjauan dari dekat oleh para pegawai majlis. Kesemua tetamu dan staff madrasah telah mengambil kesempatan untuk berbual mesra disamping mendapat mutiara ilmu dari Tuan Pengarah MAIS sendiri.


Pihak Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid dengan ini merakamkan ucapan TERIMA KASIH atas kesudian tetamu istimewa untuk mengadakan kunjungan hormat ke madrasah.


# Untuk melihat lebih gambar foto yang dirakamkan. Serta seluruh kawasan madrasah. Sila lihat di FB - Abdul Rasyid Abdul Ghani. Kapsyen - Logo Al Baghdadi.


Tuesday, January 11, 2011

JOM KE KELAB AL BAGHDADI !

Kini ... Anda lebih mudah belajar dan mengajar Al Quran dengan Teknik Al Baghdadi.

Keistimewaan Teknik Al Baghdadi:

* SISTEMATIK.
* INOVATIF.
* BERKESAN.



KELAB AL BAGHDADI. Telah dibuka secara rasmi. JOM sertai kami ! Kelas Belajar & Mengajar Al Quran Teknik Al Baghdadi ini diadakan pada setiap minggu. Hari Isnin. Waktu: 8.00 - 10.00 malam. Kelas terbuka kepada umum. Umur: 18 tahun keatas. Seluruh muslimin dan muslimat dijemput hadis beramai - ramai.



KELAB AL BAGHDADI.
Tempat: AL BAGHDADI TRAINING CENTRE.
No. 67, Jalan Lawan Pedang, Tadisma Business Park, Seksyen 13, Shah Alam.
Tarikh: Setiap hari Isnin (malam).
Waktu belajar: 8.00 - 10.00 malam.
Penyertaan: Terbuka kepada umum. 18 tahun keatas.
Yuran: RM300 (sekaligus untuk 3 bulan).

Wednesday, January 5, 2011

JOM KE KELAB AL BAGHDADI !

Assalamu'alaikum dan salam hormat.


Dibawah adalah program yang akan dijalankan di Al Baghdadi Training Centre.


Kini ... ANDA lebih mudah belajar dan mengajar Al Quran dengan TEKNIK AL BAGHDADI.


Satu Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran AL QURAN Paling INOVATIF !!!


Keistimewaan Teknik Al Baghdadi:

Penyusunan Yang SISTEMATIK
Pendekatan Yang INOVATIF
Teknik Pengajaran Yang EFEKTIF.



1. TAKLIMAT PERCUMA TEKNIK AL BAGHDADI & PENUBUHAN KELAB AL BAGHDADI.
Tempat: AL BAGHDADI TRAINING CENTRE. No. 67, Jalan Lawan Pedang, Tadisma Business Park, Seksyen 13, 40100 Shah Alam.
Tarikh: 8hb Januari 2011.
Waktu: 8.30 pagi.
Penyertaan: Terbuka kepada umum.
Bayaran: PERCUMA.


2. KURSUS ASAS TEKNIK AL BAGHDADI.
Tempat: AL BAGHDADI TRAINING CENTRE. No. 67, Jalan Lawan Pedang, Tadisma Business Park, Seksyen 13, 40100 Shah Alam.
Tarikh: 22hb Januari 2011.
Waktu: 8.30 pagi.
Penyertaan: Terbuka kepada umum.
Bayaran: RM200 SAHAJA.


MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI KAMI 03-55233366/019-2345980


SEKIAN. TERIMA KASIH.