PETA KE MADRASAH AR RASYID

PETA  KE  MADRASAH  AR RASYID
PETA | NOMBOR AKAUN BIMB | NOMBOR TELEFON BIMBIT | ALAMAT EMEL

AL BAGHDADI. Teknik Belajar & Mengajar Al Quran. Kaedah yang menyeronokkan !

AL BAGHDADI.  Teknik Belajar & Mengajar Al Quran.  Kaedah yang menyeronokkan !
Untuk menyertai KELAB AL BAGHDADI. Sila hubungi Ustaz Rasyid - 019 2345 980.

DERMA FISABILILLAH

Segala sumbangan Derma FISABILILLAH boleh dimasukkan kedalam akaun Bank Islam - 12010010075324 - atas nama MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID. TERIMA KASIH.
All donations for Derma Fisabilillah can be credited to Bank Islam - 12010010075324 - under the name of MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID Thank you.

Hadi's Nutri Meal. Sesuai untuk semua golongan. Rasanya Sedap, Berkhasiat & Menyelerakan !

Hadi's Nutri Meal. Sesuai untuk semua golongan. Rasanya Sedap, Berkhasiat & Menyelerakan !
HADI'S diadun daripada 17 bijirin terpilih yang berkhasiat. Diperkaya dengan zat vitamin, mineral dan serat untuk memastikan anda dan keluarga kekal sihat dan cergas sepanjang hari. Buat ibubapa prihatin. Sediakan sepeket untuk anak - anak yang akan menghadapi peperiksaan. Minuman ini berupaya untuk menjaga sistem penghadaman dan mencerdaskan minda. Untuk maklumat lanjut sila klik pada gambar.

Wednesday, July 27, 2011

Marilah Menaja Program Berbuka Puasa Bersama.

Program Tajaan Berbuka Puasa Bersama Pelajar Tahfiz & Anak Yatim.

Semoga tuan/puan berada dalam lindungan Allah SWT dan diberi kesihatan dan kesejahteraan.

Ramadhan menjenguk lagi. Dan kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
{Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (di antara yang hak dan yang batil)}. [Al-Baqarah: 185]

Ibadat memberi makan bagi orang yang berbuka, akan menjadi asas kepada banyak ibadat-ibadat lain, rahmat dan kasih sayang terhadap sahabat yang diberi makan, akan melahirkan majlis para solihin, yang mengharapkan pahala di atas ketaatan, yang dikuatkan dengan makanan yang disedekahkan tadi.

Firman Allah SWT: Maksudnya: 
{Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. (Mereka berkata:) Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera.} [Al-Insan: 8-12].

Pihak Madrasah dengan ini membuka peluang kepada Tuan dan Puan, Saudara saudari kaum Muslimin untuk bersama – sama merebut peluang yang terbuka luas ini untuk bersama – sama menaja majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Tahfiz & Anak Yatim,  sesungguhnya pelajar – pelajar tahfiz adalah insan terpilih yang sentiasa dekat dan rapat dengan Al Quran. Kehidupan mereka adalah Al Quran,  dan mereka adalah Al Quran Bergerak diatas muka bumi ini.  Dan mereka adalah Duta – Duta Allah diatas muka bumi ini.

Bagi umat Islam yang prihatin dan berusaha untuk merebut amal jariah adalah dipelawa untuk menaja program ini,  dimana anggaran kos untuk majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Tahfiz ini adalah sebanyak RM500 bagi satu (1) hari berbuka.

Bagi Tuan dan Puan yang sudi menaja,  diharap tidak melepaskan peluang untuk turut sama berbuka bersama dengan pelajar dan staff Madrasah.

MARHABAN YA RAMADAN.

SALAM RAMADAN 1432 Hijriah.

Menantikan dakapan Ramadan yang ditunggu – tunggu,  maka pihak pengurusan Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam.


Kami mendoakan semoga bulan Ramadan Al Mubarak ini disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran yang tidak terhingga serta sentiasa berusaha mempertingkatkan ibadah dalam bulan penuh dengan keampunan, keberkatan dan rahmat ini.

Bagi kami dimadrasah ini,  pendidikana awal yang kami ingin terapkan ialah dengan berpuasa dalam erti kata sebenarnya,  bukan sekadar menahan dari makan dan minum tetapi jauh melangkaui dalam segala sudut kerohanian.  Kerana sesungguhnya,  Ramadan adalah bulan terbaik untuk mendidik seorang muslim itu menjadi dai'e  dan pejuang Islam tulen.

Dikesempatan ini juga dengan setulus ikhlas kami suka mengingatkan kepada Tuan dan Puan agar memandu dengan berhati – hati.  Kepada yang bercadang untuk memandu pulang ke kampong dipenghujung Ramadan bersama keluarga tercinta.  Kami mendoakan agar Tuan dan Puan sekalian selamat sampai ke destinasi yang dituju.


Sekian,  Sambutlah Salam Ramadan Dari Kami di Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid.